464 mangsa dipindahkan akibat banjir di Sabah
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KOTA KINABALU - Sebanyak 464 orang daripada 166 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda daerah Kota Marudu dan Tongod, pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 377 orang daripada 149 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Komuniti Kota Marudu manakala 87 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod.
Iklan
Iklan
"Kedua-dua pusat pemindahan dibuka lewat malam tadi dan trend pemindahan ketika ini adalah kekal,” menurut kenyataan itu.
Banjir dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam dan cuaca pagi ini cerah di majoriti kawasan di Sabah.
Iklan
Iklan
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu dua tempat di Sabah pada sebelah malam ini, dan cuaca sama diramal berterusan hingga esok.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>