Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok
Iklan
SHAH ALAM - Bekalan air di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dijangka pulih sepenuhnya pada Rabu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pembaikan berikutan insiden paip pecah tersebut siap dilaksanakan pada jam 11:30 pagi, pada Selasa.