'Agihan peruntukan MP tak sama rata naikkan kemarahan rakyat'

Iklan
Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menafikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen khususnya melibatkan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu hanya akan menaikkan suhu kemarahan rakyat bumiputera.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, kerajaan perlu mengutamakan negeri seperti Kelantan dan Terengganu bagi mengatasi isu ‘kemarahan bumiputera’.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga mengambil kira kajian sempena 100 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapati sebanyak 71 peratus responden berbangsa Melayu tidak berpuas hati dengan kerajaan baharu.

"Saya fikir, kerajaan perlu utamakan negeri-negeri yang mempunyai 'malay based area' seperti Kelantan dan Terengganu.

Iklan

"Menafikan peruntukan kepada kami yang ahli-ahli Parlimen yang berada di negeri ini hanya akan menaikkan suhu kemarahan rakyat.

"Bagi kami PN tak ada masalah. Kami balik ke kawasan, rakyat minta peruntukan, kami kata kerajaan tak bagi tapi itu hanya tinggikan suhu kemarahan rakyat,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Kajian yang dibuat oleh pusat penglibatan sosial O2 Malaysia sempena 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya memerintah telah melibatkan 35,077 responden melalui lima saluran media: Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew, dan Malaysia Nanban.