KPDN sita 8,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng

Iklan
Minyak diesel berjumlah 80,00 liter telah disita. - Gambar hiasan

ALOR SETAR - Sebanyak 8,000 liter minyak diesel, disyaki cuba diseleweng, disita susulan operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, dekat sini, pada Jumaat.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan itu, dua suspek warganegara Myanmar dalam lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, kes tersebut diserahkan kepada Pejabat KPDN Kedah oleh Unit Risikan/Operasi, FRU PDRM Bukit Aman pada jam 11 malam tadi (Jumaat).

"Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM124,200,” katanya, dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Affendi berkata, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek mendapati premis tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan barang kawalan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

Iklan