Maritim rampas 3,000 vape seludup dari Indonesia
Iklan
Anggota Maritim Malaysia memeriksa kotak berisi vape yang cuba diseludup masuk secara haram ke negara ini. - Foto Maritim Malaysia
BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 3,000 rokok elektronik (vape) bernilai RM165,000 yang cuba diseludup masuk di perairan Terminal Feri Penumpang Minyak Beku di sini pada petang Khamis.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, rampasan dilakukan anggota yang melakukan rondaan Op Jaksa pada jam 4 petang.
Iklan
Iklan
"Anggota yang menaiki bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan feri penumpang yang dalam pelayaran dari Selat Panjang Indonesia menuju masuk ke jeti feri Batu Pahat.
"Pemeriksaan ke atas feri mendapati sebanyak 30 buah kotak mengandungi 3,000 unit berisi vape disyaki cuba dibawa masuk secara haram dari Indonesia.
Iklan
"Nakhoda serta lapan kru feri berusia 22 hingga 55 tahun warganegara Indonesia ditahan manakala kesemua rokok elektronik dirampas. Kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana gagal isytihar barangan yang dibawa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibanteras seterusnya memastikan perairan Johor aman serta terkawal.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>