‘Harap jadi pemangkin kepada usahawan lain’ - Kevin
Iklan
Kevin Zahri (kanan) ketika menerima anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. - Foto Sinar Harian
KETUA Pegawai Eksekutif KZ Sdn Bhd dan Pengasas Bukan Soal Kurus Kevin Zahri menyifatkan pengiktirafan beliau dalam Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) sebagai pemangkin kepada usahawan lain untuk terus berkembang.
Beliau yang merupakan penerima Anugerah Usahawan Selebriti Kesihatan 2023 berkata, meskipun perniagaan yang dibangunkan secara kecil-kecilan, ia tidak bermakna seseorang tersebut tidak boleh mencapai kejayaan.
Iklan
Iklan
"Semua pemenang disini mewakili industri yang berbeza. Semoga kemenangan saya ini berikan semangat kepada usahawan dalam bidang sama bersaing sesama sendiri untuk berjaya satu hari nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.
Iklan
BISA merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.
Penganugerahan itu merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.
Iklan
Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.
Menurut Kevin, anugerah tersebut adalah sangat bermakna bagi diri beliau dan rakan usahawannya yang telah bersusah payah membangunkannya.
"Sangat-sangat berasa bersyukur sebab saya berusaha dalam bidang ini pun sudah lama. Jadi, ia sangat dihargai apabila dapat penghargaan daripada media lagi-lagi Sinar Harian,” ujarnya.
Mengulas mengenai perancangan pada masa akan datang, beliau berkata, ketika ini syarikatnya sedang memasarkan Kempen Kurus Raya.
"Ia bertujuan untuk membimbing peserta dalam alam maya. Ia merupakan program 60 hari untuk mengurangkan berat badan bagi berdepan dengan Hari Raya Aidilfitri nanti,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>