Ketua perunding Perjanjian Oslo meninggal dunia
Iklan
RAMALLAH - Ketua perunding Perjanjian Oslo, Ahmed Qorei yang juga bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin telah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun.
Sumber yang rapat dengan keluarga Ahmed berkata, sebelum ini beliau mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan di hospital dan selepas itu kesihatannya merosot dengan cepat.