Penunggang motosikal maut bergesel treler
Iklan
Nahas motosikal dan treler yang mengorbankan seorang warga emas di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah pada Khamis.
TAPAH - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini pada Khamis.
Dalam kemalangan sekitar 4.30 petang itu, Mohamed Suhimi Abd Kadir, 60, menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur.
Menurutnya, tiba di tempat kejadian, terdapat treler muatan serbuk kimia cuba keluar dari simpang untuk menuju ke arah sama.
Iklan
"Keadaan itu mengakibatkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut.
"Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan.
"Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>