Jana Wibawa: Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan
Iklan
Azam (kiri) ketika sidang media mengenai Op Tropicana di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Siasatan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) masih dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata, SPRM sedang menyiapkan ‘tiga atau empat kertas siasatan lagi’ berkaitan kes Jana Wibawa sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Iklan
Iklan
"Siasatan masih berjalan. Ada beberapa kertas siasatan masih dalam tindakan dan pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan," katanya ketika ditanya perkembangan siasatan berhubung Jana Wibawa dalam sidang media mengenai kejayaan Ops Tropicana membongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian, di sini hari ini.
Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek dalam isu Jana Wibawa, Azam yang enggan mengulas lanjut berkata, siasatan masih berjalan dan keputusan akan dibuat Peguam Negara selepas menerima kertas siasatan daripada SPRM.
Iklan
Muhyiddin dilaporkan sebelum ini mengesahkan telah memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek Jana Wibawa dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan bukannya suspek.
Beberapa individu termasuk pemimpin politik antaranya Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad telah didakwa di mahkamah berkaitan Jana Wibawa.
Iklan
Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran Muhyiddin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik Covid-19.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata siasatan terhadap isu pengambilalihan pengurusan Menara KL telah lengkap dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>