SEPANG - Taktik licik ejen penghantaran membawa masuk 100 kotak gabus berisi produk haiwan daging babi sejuk beku (suckling pig) dengan mengisytiharkan sebagai pakaian gagal selepas taktik itu dihidu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Kargo, di sini, pada Selasa.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, kesemua produk haiwan tersebut diimport dari Vietnam itu dianggarkan bernilai RM28,000.