KUALA LUMPUR - Isu mengenai penyeludupan produk tembakau dan rokok serta produk beralkohol antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan ditanya oleh Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang antara lain meminta anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan itu.