Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam letupan di Sri Lanka

Iklan
Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkorban dalam letupan di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka hari ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Colombo kini juga sedang mengikuti rapat perkembangan insiden itu.

Iklan
Iklan

"Sehingga jam 1.30 petang (masa Malaysia), tiada rakyat Malaysia maut.

"Rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu dinasihatkan untuk berhati-hati dan memantau perkembangan terkini melalui berita tempatan serta pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan beberapa letupan dilaporkan telah berlaku di beberapa lokasi melibatkan gereja dan hotel menyebabkan lebih 100 orang meninggal dunia.

Mengulas lanjut beliau berkata, Malaysia mengutuk serangan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan.

Iklan