Kampung Baru perlukan sekolah menengah
Iklan
Kampung Baru, Kuala Lumpur mengalami pembangunan pesat dan memerlukan sebuah sekolah menengah baharu. (Gambar kecil: Yuri Azhar)
KUALA LUMPUR - Kampung Baru di sini memerlukan sebuah sekolah menengah bagi menampung jumlah penduduk yang kian meningkat kesan pembangunan pesat di sekeliling kawasan segi tiga emas itu.
Perkara itu disuarakan anak jati Kampung Baru, Yuri Azhar Mazlan, 50, yang berpandangan kemudahan pendidikan itu adalah satu keperluan memandangkan kawasan itu hanya memiliki satu sekolah menengah perempuan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wilayah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat beberapa SMK berhampiran Kampung Baru seperti St John's Institution, SMK Padang Tembak, SMK Sri Ampang dan SMK Maxwell namun jaraknya agak jauh dari rumah.
"Ada banyak kemudahan awam namun kerana jarak sekolah yang agak jauh dan isu kesesakan trafik di pusat bandar menyebabkan pelajar lelaki dari Kampung Baru terpaksa bertolak awal dari rumah ke sekolah," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Katanya, melalui pembinaan sekolah yang berdekatan dengan kawasan perumahan, ia memudahkan ibu bapa membuat pengawasan dan mengelak pelajar terdedah dengan masalah sosial seperti gejala ponteng sekolah.
"Jika lihat pembangunan sekarang, setiap kawasan perumahan kebanyakannya menyediakan sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain kemudahan, namun di Kampung Baru tiada perancangan seperti itu.
Iklan
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (Mas), Shamsuri Suradi berkata, untuk jangka masa panjang, pembinaan SMK dalam kawasan Kampung Baru adalah satu keperluan memandangkan jumlah penduduk akan terus meningkat selepas siapnya beberapa projek perumahan.
Shamsuri menunjukkan SRA yang didirikan atas tanah MAS bagi kemudahan 600 murid di Kampung Baru.
Namun katanya, faktor ketiadaan tanah bagi mendirikan sekolah dalam kawasan tersebut antara kekangan yang perlu diberikan perhatian.
"Kita tiada tempat, sekolah bukan hanya dirikan bangunan semata-mata tetapi perlu ada kemudahan serba lengkap untuk aktiviti sukan, dewan dan lain-lain.
"Justeru, saya cadangkan SK Jalan Raja Muda diubah suai menjadi bangunan bertingkat berdensiti tinggi yang kemudahan tersebut dikongsi antara pelajar sekolah rendah dan menengah," katanya.
Katanya, jadikan Kampung Baru sebagai projek perintis pembangunan pendidikan berpusat itu yang dilihat bersesuaian dengan lokasi bandar yang berdepan masalah tanah terhad.
"Kampung Baru menjadi lokasi tumpuan kerana lokasinya strategik dengan kemudahan pengangkutan serba lengkap dan dekat untuk ke KLCC mahupun ke Chow Kit.
"Sebelum ini MAS sudah gunakan tanah untuk dirikan Sekolah Rendah Agama (SMA) untuk keperluan 600 pelajar.
"Bagi SMK pula, kita cadang bangunan sekolah sedia diubah suai atau dirobohkan (bina baru) untuk menampung keperluan memandangkan tiada kawasan sesuai bagi kemudahan tersebut," katanya.
Ujarnya, cadangan tersebut akan dibawa untuk perhatian wakil Parlimen sebelum dipanjangkan ke kementerian berkaitan untuk pertimbangan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kerajaan negeri dan pemaju gagal menangani isu pengosongan Kampung Seri Makmur, Gombak secara adil, lopar wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hamzah yang meninjau lokasi perobohan itu pada Khamis berkata, walaupun tanah itu milik pemaju tetapi pihak syarikat patut mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk terjejas.
Beliau turut berpandangan, pelaksanaan kerja perobohan terhadap rumah penduduk serta sebuah surau berusia lebih 40 tahun tidak mengikut konsep keadilan sewajarnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667551/edisi/selangor-kl/walau-tanah-milik-pemaju-penduduk-terjejas-wajar-dibantu---hamzah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com