Dewan Rakyat: Isu Kertas Pandora, Malaysia Mandani dibangkitkan
Iklan
KUALA LUMPUR, - Perkembangan siasatan Kertas Pandora, konsep gagasan Malaysia Madani dan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur antara isu dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Bagi soalan Kertas Pandora yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap isu itu serta tindakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara (BNM) dan polis.
Ahmad Fadhil Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pembentukan konsep Malaysia Madani antara lain ingin mengetahui sejauh mana konsep itu diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan dasar-dasar semasa kerajaan.
Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) membangkitkan sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan Kampung Baru yang diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan daripada Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2020 selaras sasaran Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.
Semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada jumlah bas pengantara akan ditambah selain tambahan laluan bas perantara untuk kegunaan rakyat.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengajukan soalan kepada Menteri Luar mengenai langkah-langkah bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scam atau penipuan di luar negara terutama di Myanmar.
Tindakan kerajaan bagi menghalang penghijrahan doktor perubatan ke luar negera serta jumlah doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap akan disoal oleh Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib (PN-Maran) kepada Menteri Kesihatan.
Selesai sesi soal jawab, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula 13 Februari hingga 30 Mac. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>