KEENON pelayan robot mudahkan industri perniagaan di Malaysia

Iklan
Pengerusi Kehormat Persatuan Fancais Dan Digital Malaysia, Datuk Seri Hasnizal Hassan (tengah) bersama Kayden (dua dari kanan); wakil MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel (kiri); wakil MATA, Datuk Dr Sunny Tan (kanan) dan wakil ARFF, Datuk Mike Loh (dua dari kiri), pada sesi pertukaran dan menandatangani MoU sempena pembukaan Kedai Utama Robotik KEENON dan Pejabat Diverse Supply Chain Sdn. Bhd. pada Jumaat.

Pengerusi Kehormat Persatuan Fancais Dan Digital Malaysia, Datuk Seri Hasnizal Hassan (tengah) bersama Kayden (dua dari kanan); wakil MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel (kiri); wakil MATA, Datuk Dr Sunny Tan (kanan) dan wakil ARFF, Datuk Mike Loh (dua dari kiri), pada sesi pertukaran dan menandatangani MoU sempena pembukaan Kedai Utama Robotik KEENON dan Pejabat Diverse Supply Chain Sdn. Bhd. pada Jumaat.


PETALING JAYA - Sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam perdagangan, pembekalan dan pengedaran kelengkapan sofistikated dan robot, Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC) merevolusikan perkhidmatan pelanggan dengan memperkenalkan pelayan robot dalam industri hospitaliti, pelancongan dan peruncitan di Malaysia.

Pengarah Urusan DSC, Kayden Ong berkata, bagi sektor hospitaliti dan pelancongan, robot memainkan peranan penting dalam memperkemas operasi dan meningkatkan produktiviti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tugas asas seperti penghantaran makanan dan minuman boleh dikendalikan oleh robot.

"Inovasi ini boleh mengurangkan bebanan kerja sedia ada kesan daripada kekurangan kakitangan selepas wabak Covid-19. Walaupun perniagaan telah meningkat, banyak hotel, restoran dan kedai runcit masih sukar untuk mencari pekerja yang mencukupi.

Iklan

"Ramai pekerja asing meninggalkan pekerjaan mereka untuk pulang ke negara asal semasa pandemik. Oleh itu, sistem automatik kini amat penting ekoran tenaga manusia sukar didapati berbanding sebelum pandemik Covid - 19,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian KEENON Robotic Flagship Store dan pejabat DSC pada Jumaat.

Sempena majlis itu, turut diadakan penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara DSC dan tiga pemain industri tempatan iaitu Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) serta Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF).

Iklan

DSC merupakan pengedar eksklusif dengan jenama nombor satu robot perkhidmatan dari China, KEENON Robotics bermula awal Januari 2022.

Simbolik majlis perasmian KEENON Robotic Flagship Store dan pejabat DSC di Damansara pada Jumaat.

Ujar Kayden, tambahan terkini kepada portfolio KEENON di Malaysia ialah ButlerBot W3. Robot itu direka khas untuk hotel bagi menyediakan penghantaran bilik tanpa sentuhan, dari pintu ke pintu dan sangat mudah disesuaikan.

"ButlerBot menggunakan deria gerakan untuk mengesan objek semasa ia mengelilingi hotel. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan, ia boleh keluar masuk lif dengan mudah, merancang laluan terbaik untuk ke mana- mana lokasi dalam hotel dan membuat panggilan telefon ke bilik pelanggan.

"Pendek kata, ButlerBot ialah butler peribadi untuk tetamu hotel. Kami berhasrat agar ButlerBot KEENON ini ada di setiap hotel terkemuka di seluruh Malaysia," ujarnya.

Beliau memberitahu, inovasi berterusan adalah penting bagi mana- mana ekonomi untuk berkembang maju.

"Melalui perkongsian kami dengan KEENON Robotics, kami di DSC ingin memainkan peranan dalam membantu perniagaan tempatan dan Malaysia secara keseluruhannya," jelasnya.

Kayden turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada KEENON Robotics atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.