Pesawat latihan mendarat cemas, alami masalah teknikal

Iklan
Pesawat latihan membuat pendaratan cemas di kawasan lapang sebuah kilang kaca di Lipat Kajang di Jasin, pada Selasa.

JASIN - Seorang juruterbang dan pelajar latihan penerbangan membuat pendaratan cemas di kawasan lapang sebuah kilang kaca di Lipat Kajang di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 11.05 pagi itu tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan
Iklan

Insiden berkenaan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi satu kenyataan akhbar yang menyatakan pesawat latihan itu membuat pendaratan cemas berikutan mengalami masalah teknikal.

"Bagaimanapun pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) telah membuat pendaratan paksa di Kilang Xinyi Energy Smart, Jasin tadi," katanya.

Iklan

Jelasnya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd Fadzli Othman mengesahkan menerima maklumat mengenai insiden itu dari Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jasin menerusi laporan dibuat pekerja kilang terbabit.

Iklan

"Kes itu diserahkan sepenuhnya kepada MOT untuk tindakan lanjut," katanya.