Lebih 100 bazar Ramadan bakal sediakan Menu Rahmah
Iklan
Abdul Halim (dua dari kiri) melancarkan Laporan 'Industry 4.0 Technology Adoption in Malaysia Manufacturing: Strategies for Enhancing Competitiveness di Hotel Wembley St Giles pada Jumaat.
GEORGETOWN - Lebih 100 bazar Ramadan di Pulau Pinang melibatkan ratusan peniaga bakal menyediakan Menu Rahmah dalam membantu golongan kurang berkemampuan menikmati juadah berbuka pada bulan puasa ini.
Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, pelaksanaan menu tersebut selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam membantu golongan sasaran.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setakat ini, kerajaan negeri mendapat maklum balas positif daripada peniaga berhubung usaha tersebut namun belum mempunyai jumlah sebenar kiosk yang akan melaksanakan menu tersebut.
"Difahamkan, lebih 100 bazar Ramadan di seluruh Pulau Pinang akan menyediakan Menu Rahmah sepanjang bulan puasa ini. Ia merupakan satu usaha yang baik oleh peniaga dalam membantu golongan sasar untuk mendapatkan makanan pilihan mereka," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan 'Industry 4.0 Technology Adoption in Malaysia Manufacturing: Strategies for Enhancing Competitiveness di Hotel Wembley St Giles di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Iklan
Sehubungan itu, orang ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5.
Dalam pada itu, Abdul Halim menambah, kerajaan negeri juga mendapati semakin banyak peniaga termasuk peniaga Cina dan India yang turut menyediakan menu ekonomi tersebut.
Katanya, perkara tersebut merupakan perkembangan positif yang mana, ia bersifat menang-menang iaitu memanfaatkan pengguna dan peniaga.
"Dengan adanya Menu Rahmah ini, pembeli ada pilihan sama ada ingin mengambil menu yang ditetapkan atau sebaliknya, atau mereka boleh ambil Menu Rahmah dan menambah lauk lain yang disukai mereka.
"Jangan pula diskriminasi dengan mengatakan Menu Rahmah ini untuk orang yang tidak berkemampuan saja. Menu ini pun ada menyediakan lauk ayam, sayur dengan kuantiti yang setanding dengan harga. Ini kerana, peniaga juga perlu menjaga keuntungan mereka, walaupun dalam usaha untuk membantu pembeli yang tidak berkemampuan," katanya.
Beliau berkata, Menu Rahmah juga perlu disediakan dengan kualiti dan kebersihan maksimum bagi menarik minat pelanggan.
"Walaupun ia murah, kualiti dari segi kesedapan dan kebersihan juga perlu dijaga. Kalau murah saja, tetapi tidak sedap dan tidak bersih pun, orang tak mahu beli.
"Perkara-perkara ini yang akan kerajaan negeri tekankan. Di samping menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat, isu-isu seperti kebersihan dan kualiti juga perlu diambil kira," katanya.
Selain itu, Abdul Halim berkata, kerajaan negeri akan berusaha untuk membantu peniaga memperolehi bahan mentah dengan harga yang lebih murah untuk melaksanakan Menu Rahmah.
"Kita akan cuba bantu peniaga-peniaga dengan beberapa penganjuran program antaranya penganjuran karnival jualan terus dari ladang dan aktiviti jualan rakyat," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.