Ringgit ditutup tinggi, didorong harga minyak mentah
Iklan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong harga minyak mentah yang lebih tinggi.
RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata penganalisis.
Beliau berkata, ringgit juga bergerak positif memandangkan lebih ramai pelabur mengalihkan minat kepada mata wang negara yang sedang pesat membangun selepas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung kepada kadar faedah tidak ketara tinggi.
Iklan
Iklan
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2960/3005 berbanding dolar AS daripada 4.2995/3055 ketika ditutup pada Selasa.
Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 1.18 peratus kepada US$84.68 setong.
Iklan
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu bahawa ringgit meraih manfaat daripada ucapan dalam tempoh semalaman oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell.
Ucapan Powell itu dilihat sebagai kurang cenderung kepada kadar faedah tinggi, berbeza dengan pasaran yang menjangkakannya selepas AS mencatatkan laporan pembayaran gaji bukan ladang yang kukuh baru-baru ini, katanya.
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed pula berkata, ringgit dijangka kekal stabil bagi minggu ini dan mungkin bergerak di antara 4.28 dengan 4.32 berbanding dolar AS.
"Kami di Juwai IQI menjangkakan dolar AS kehilangan kelebihannya pada April dan Mei selain Fed akan menurunkan kadar faedah menjelang Oktober untuk mengelak kebimbangan mengenai kemelesetan bagi menyokong ekonomi AS.
"Pergerakan ringgit pada 2023 dijangka 4.10 hingga 4.30 dan ia akan mengekalkan kestabilan strukturnya berbanding mata wang utama,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2472/2511 daripada 3.2420/2470 ketika ditutup pada Selasa dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2872/2909 daripada 3.2624/2672.
Ringgit lemah berbanding pound British kepada 5.1990/2045 daripada 5.1624/1696 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6203/6252 daripada 4.6065/6129. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>