Penduduk tidak tahan diganggu anjing liar
Iklan
Sekumpulan anjing liar duduk di kaki lima kedai perkakasan rumah di Sungai Bajar, Kuala Berang di Hulu Terengganu. (Gambar kanan :Rakaman gambar menunjukkan seekor anjing liar cuba mendekati seorang penduduk yang berjalan berhampiran kedai perkakasan rumah di Sungai Bajar, Kuala Berang di Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU - Penduduk di sekitar kawasan Sungai Bajar, Kuala Berang di sini mendakwa sudah tidak tahan dengan ancaman anjing liar yang mengganggu ketenteraman mereka terutama pada awal pagi dan malam.
Pekerja kedai perkakasan rumah, Izan Nashima Zakaria, 31, berkata, terdapat kira-kira 10 ekor anjing yang berkeliaran di kawasan itu sejak sebulan lalu.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini hanya terdapat seekor dua sahaja anjing liar tapi dalam tempoh sebulan ni makin banyak pula anjing-anjing lain yang datang dan membiak di sini. Tak tahu datang dari mana.
"Walaupun belum ada lagi kes-kes cedera akibat diserang anjing, namun jumlah yang agak banyak mengganggu aktiviti dan ketenteraman penduduk di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Rabu.
Iklan
Menurut Izan Nashima, dia juga kerap terserempak dengan insiden anjing-anjing tersebut mengejar penduduk di kawasan itu yang lari kerana ketakutan.
"Saya sendiri pun sudah tidak berani berjalan seorang diri untuk ke tempat kerja. Terpaksa tumpang orang kerana bimbang dikejar anjing liar.
Iklan
"Anjing-anjing ini biasanya akan berkeliaran pada waktu senja, malam dan sebelah pagi. Kebanyakan mereka yang keluar pada waktu itu akan terserempak dengan anjing-anjing tersebut.
Izan Nashima memberitahu, selain mengganggu ketenteraman, kehadiran anjing-anjing liar tersebut turut mencemarkan kebersihan di kawasan itu.
"Najis yang ditinggalkan di merata-rata tempat menjejaskan kawasan ini malah ia juga dikhuatiri menceroboh masuk ke dalam kedai makan yang beroperasi di sini.
"Pendek kata, kami yang selalu berada di kawasan ini sama ada mereka yang bekerja atau penduduk di sini amat tertekan dengan kehadiran anjing-anjing liar itu," luahnya.
Katanya, dia difahamkan perkara itu telah diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
"Saya diberitahu sudah banyak aduan dibuat namun ia seolah-olah dipandang sepi. Kami agak kesal kerana tiada pihak yang datang memantau kehadiran anjing-anjing liar di kawasan ini," ujarnya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal