Anwar pengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Iklan
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn pada Selasa.

Mesyuarat kali pertama itu turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Selain itu turut kelihatan hadir Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sebagai rekod, Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini mengumumkan penubuhan sekreteriat tersebut yang berfungsi untuk menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Iklan

Dalam masa sama, sekreteriat berkenaan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu akan membincangkan perjalanan Kerajaan Perpaduan termasuk dalam soal kerjasama politik dari semasa ke semasa.

Sementara itu, kehadiran Anwar dirakam selepas 25 tahun beliau tidak menjejakkan kaki di bangunan keramat UMNO itu.

Iklan

Kehadiran Perdana Menteri adalah pertama kali selepas dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998.