Banjir: 28 penduduk di Kemaman dipindahkan

Iklan
Seramai 28 penduduk Kemaman dipindahkan ke dua PPS selepas kediaman mereka terjejas banjir. Foto; APM

KUALA TERENGGANU - Hujan lebat berterusan di Kemaman menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air dan penduduk terpaksa berpindah ke tempat selamat.

Sehingga jam 8 pagi Selasa, seramai 28 mangsa membabitkan sembilan keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.

Iklan
Iklan

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini dua PPS telah dibuka bagi menempatkan semua penduduk terjejas.

"Keadaan cuaca di Kemaman dilaporkan mendung dan maklumat semasa berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan