Negeri Sembilan perluas tanaman padi di Londah
Iklan
Negeri Sembilan buat masa ini terdapat lebih 1,000 hektar tanaman padi iaitu di Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Jelebu. - Gambar hiasan, gambar kecil: Bakri
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Sembilan akan memperluaskan tanaman padi sedia ada di Londah, Gemas di Tampin membabitkan 50 ekar (20 hektar) tanah bagi meningkatkan pengeluaran beras di negeri ini.
Exco Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Bakri Sawir, berkata, buat masa ini pihaknya dalam proses perancangan pengairan bersama Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi memastikan kawasan itu mempunyai sumber air yang mencukupi.
Iklan
Iklan
"Di Negeri Sembilan buat masa ini terdapat lebih 1,000 hektar tanaman padi iaitu di Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Jelebu.
"Tapi besarnya di kawasan Jelebu iaitu hampir 500 hektar yang mana kesemua hasil tanaman padi ini adalah untuk pasaran tempatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
Menurutnya, kerja-kerja pembersihan tanah akan dilakukan dalam waktu terdekat dan dijangka dapat diusahakan tahun ini.
Berkenaan tanah sawah yang terbiar di negeri ini, beliau berkata, ia disebabkan masalah sistem pengairan di situ tetapi kebanyakannya telah diusahakan dengan tanaman alternatif lain yang dirasakan lebih bersesuaian.
Iklan
"Sebelum ini ada lebih 2,000 hektar tanah sawah yang terbiar, tapi sekarang hanya tinggal kira-kira 1,000 hektar kerana telah diusahakan dengan tanaman lain," katanya.
Selain itu katanya, kerajaan negeri akan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) untuk tanaman sayur-sayuran, kontan dan napier di kawasan seluas 40 hektar di Gemas dalam waktu terdekat bagi menggalakkan pertanian secara berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi.
Bakri berkata, kerajaan negeri juga bersedia mencari kawasan tanah atau gudang lama untuk dijadikan kawasan penanaman menegak (vertical farming) sebagai alternatif bagi menampung keperluan makanan pada masa akan datang.
"Tapi ia bukanlah keutamaan pada masa ini, namun langkah itu boleh dilaksanakan akan datang sekiranya tanah makin mengecil berikutan pembangunan.
"Ia bukanlah kaedah baharu tapi boleh difikirkan untuk dilaksanakan di negara ini malah kaedah ini juga sudah popular di Singapura kerana menjimatkan ruang. Konsep tanaman menegak biasanya melibatkan jenis sayuran bertingkat seperti sawi, bendi dan salad,” katanya.
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.