Bintang legenda Julie Sudiro meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Julie Sudiro

KUALA LUMPUR - Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.

Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.

Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.

Iklan

Awani sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang urusan pengebumian jenazah Allahyarham Julie.

Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, 'Burong Nuri' yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.

Iklan

Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.

Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj. - Awani