Pejuang Johor umum senarai ahli MPN bagi sesi 2023-2024

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa MPN yang baharu bagi sesi 2023-2024.

Iklan
Iklan

Setiausaha Pejuang Negeri Johor, Dr Zaini Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa MPN berkenaan yang berlangsung pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, Nornekman Osman yang dilantik Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pejuang Negeri Johor yang baharu pada 5 Januari lalu mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa MPN berkenaan.

Iklan

"Jawatan Timbalan Ketua Pejuang Negeri Johor dan Bendahari yang masih kosong akan diisi dalam tempoh terdekat. Bagi sesi baharu itu Zaini Abu Bakar mengisi jawatan Setiausaha; Mohd Azmin Ali (Ketua Penerangan); Zalihah Jaafar (Ketua Pejuanita); Riad Ahmad (Ketua Pejuang Muda) dan Nurfatimah Ibrahim (Ketua Pejuanita Muda);

"Sementara itu, Tariq Ismail Mustafa; Azrif Abdul Rashid; Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir; Dr Sazali Aripin; Dr Khairil Anwar Razali; Mohd Shukor Ahmad; Talib Md Suhut; Ahmade Mohd Din dan Zamzam Hashim dilantik sebagai ahli MPN.

Iklan

"Begitu juga Fazli Arman; Zainuddin Adam; Wan Sharani Wan Abdul Jalil; Razali Mohd Bahar; Mohamad Azhar Tawil; Suraya Sulaiman; Mohamad Eddy Hafifi Chuai dan Suriyana

Mohamad yang turut dilantik sebagai ahli MPN," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Nornekman merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Pejuang Negeri Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan barisan kepimpinannya atas usaha yang telah mereka laksanakan sebelum ini.

Selain menamakan barisan kepimpinan yang baru katanya, Nornekman turut mengumumkan pengstrukturan semula Pejuang Johor dengan membubarkan jawatan Penyelaras Parlimen.

Jelas beliau, jawatan itu diganti dengan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meringankan beban tugas menyelia di peringkat DUN supaya dapat lebih fokus terhadap isu dan gerak kerja setempat berbanding Parlimen.

"Antara tugas utama yang akan digalas Penyelaras DUN ialah membantu melaksanakan program jalinan kemasyarakatan, menambah keahlian serta membuat pemutihan ke atas ahli sedia ada," katanya.

Langkah pemutihan juga katanya, akan dilaksana untuk mengelak pertindihan keahlian dalam parti lain, memastikan sama ada mereka masih berminat terhadap Pejuang setelah melalui pengalaman perit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 serta selepas mengundur diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).

"Walaupun tindakan ini akan menyebabkan bilangan keahlian Pejuang Negeri Johor yang kini berjumlah kira-kira 5,000 orang akan semakin berkurangan, ia adalah baik untuk mempunyai ahli yang berkualiti serta prihatin mendukung matlamat penubuhan parti.

"Nornekman juga menekankan bahawa Pejuang Negeri Johor akan memainkan peranan aktif sebagai pejuang rakyat dengan menjadi mata dan telinga kepada suara masyarakat berkaitan pelbagai isu semasa demi kemakmuran dan kesejahteraan hidup," ujarnya.

Tambahnya, program latihan yang berterusan akan dijalankan kepada barisan kepimpinan serta ahli Pejuang dalam usaha memantapkan parti serta mengeratkan ukhuwah.

Nornekman turut mengalu-alukan orang Melayu yang yakin dengan hala tuju perjuangan parti ini iaitu demi mempertahankan kesucian Islam, maruah bangsa dan kedaulatan negara supaya menyertai Pejuang.