Banjir: Kerosakan infrastruktur di Terengganu lebih RM20 juta

Iklan
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyampaikan anugerah tokoh muallim institusi tahfiz kepada penerima dalam Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu kali ke-2 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini pada Khamis.

KUALA TERENGGANU – Banjir besar yang melanda Terengganu pada Disember lalu menyebabkan kerosakan infrastruktur di seluruh negeri dianggarkan lebih dari RM20 juta.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara jenis kerosakan infrastruktur yang dikenal pasti adalah melibatkan jalan raya dan jambatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerosakan paling banyak dikesan adalah di Besut iaitu antara daerah terjejas teruk dalam kejadian banjir besar tersebut.

Dalam kejadian banjir Disember lalu, lebih 40,000 penduduk Terengganu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

Iklan

Jumlah itu melibatkan lapan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Setiu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Besut merupakan daerah paling teruk terjejas apabila hampir keseluruhan kawasan dinaiki air selain ada penduduk kehilangan rumah kerana dihanyutkan arus deras.

Iklan