MELAKA - Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka masih belum membuat sebarang semakan sama ada akaun parti itu di peringkat negeri turut dibekukan atau sebaliknya.
Ketuanya, Dr Mohd Yadzil Yaakop menyifatkan tindakan membekukan akaun yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah bermakna parti itu telah membuat kesalahan namun ia adalah prosedur siasatan yang dilakukan pihak berkenaan.