PKR bersifat terbuka terima KJ

Iklan
Mohammed Taufiq

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersifat terbuka untuk menerima bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas dipecat oleh UMNO.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari bagaimanapun berkata, penerimaan kemasukan bekas Menteri Kesihatan tersebut perlu melalui proses yang ditetapkan parti.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi tentang kenyataan Khairy dan sebagainya.

Pada Jumaat, Khairy Jamaluddin antara yang dipecat dari UMNO serta-merta selain Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Iklan

Pemecatan itu adalah atas dakwaan melakukan sabotaj parti pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Tambah Mohammed Taufiq, perlu diingatkan bahawa PKR merupakan antara parti di dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai UMNO.

Iklan

"Dan kita perlu menjaga sentimen atau jaga sensitiviti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan sendiri.

"Bagi saya, saya akan menyerahkan kebijaksanaan pimpinan Presiden, Timbalan Presiden dan pimpinan utama untuk menentukan,” jelasnya.

Namun begitu, beliau enggan untuk mengulas sama ada bersetuju atau tidak mengenai kemasukan bekas Ketua Pemuda UMNO itu kedalam PKR.

"Saya menyerahkan kepada pimpinan untuk buat keputusan,” ujarnya.