CSA dengan Bersatu, pembangkang pastikan pentadbiran negara berjalan lancar - Anwar

Iklan
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bersama ahli Parlimen yang menandatangani CSA - FOTO: FB Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang menjadi landasan memperkukuh kestabilan politik serta memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan agenda pembangunan negara termasuk Belanjawan 2027 secara berkesan demi kepentingan rakyat.

Iklan
Iklan

"Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik.

"Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, kerajaaan menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, persefahaman yang ditemeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Iklan