Polis cari Yogalingam

Iklan
Yogalingam

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan saksi, G Yogalingam berhubung satu prosiding di mahkamah di sini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan meminta orang awam yang mengenali Yogalingam supaya menghubungi Inspektor Khairul Izwan 017- 6243870 / 03 - 22979222.

Iklan
Iklan

"Yogalingam, 24, seorang lelaki tempatan dikehendaki sebagai saksi perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Alamat terakhir di 3-2 Rumah Pangsa Taman Dagang Permai Jalan Indah 1, 68000 Ampang Selangor," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan