Menteri Kesihatan di India maut ditembak polis

Iklan
Naba Kishore Das, 60, meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian yang berlaku di bandar Brajrajnagar di daerah Jharsuguda pada Ahad.

NEW DELHI - Seorang menteri di negeri Odisha di timur India maut selepas ditembak oleh seorang anggota polis.

Menteri Kesihatan Odisha, Naba Kishore Das, 60, meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian yang berlaku di bandar Brajrajnagar di daerah Jharsuguda pada Ahad.

Iklan
Iklan

Penyerang dikenal pasti sebagai Gopal Das, seorang penolong subinspektor.

Anggota polis itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental, lapor media tempatan.

Iklan

Naba Das dipercayai antara menteri terkaya dalam kabinet Ketua Menteri Naveen Patnaik.

Beliau gemar mengumpul pelbagai jenis kenderaan dan dilaporkan memiliki kira-kira 80 buah kenderaan, menurut akhbar Telegraph. - Bernama.

Iklan