Emas bentuk duit syiling kembali digilai
Iklan
Mohd Fadil (kanan) menunjukkan gambar contoh bentuk gelang tangan berbentuk duit syiling yang kembali menjadi pilihan peminat emas.
KOTA BHARU - Barang kemas 916 antik yang berbentuk duit syiling kembali menambat hati penggemar menjelang musim perayaan Aidilfitri April ini.
Eksekutif Kanan Pemasaran dan Media MZ Gold, Mohd Fadil Mohd Noor berkata, menerima banyak permintaan daripada pelanggan yang mahu mengembalikan nostalgia zaman emas duit syiling tersebut.
"Emas berbentuk duit syiling ini popular dalam kalangan mereka yang lebih berusia namun pada waktu ini, mereka yang lebih muda turut sama meminati rekaan antik itu.
Iklan
Iklan
"Di MZ Gold kami tidak memiliki stok yang banyak untuk reka bentuk tersebut tetapi menerima banyak tempahan dari pelanggan untuk disiapkan dan digayakan pada perayaan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Kelantan (Kemudi) di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Presiden Kemudi, Majidah Ismail juga Penyelia Berita Ehwal Semasa Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan.
Iklan
Mohd Fadil berkata, selain minat kepada reka bentuk antik tersebut, pelanggan terutama kalangan wanita juga gemar mengikut trend semasa seperti memilih perhiasan loket emas berbentuk rim motosikal yang diberi jolokan nama Y-suku.
Pengamal media Kelantan yang menghadiri mesyuarat pada Jumaat.
"Rantai tangan berbentuk lipan dan donat juga tidak kurang popular dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Iklan
"Peminat emas seperti rakyat Kelantan bukan sahaja membeli dan memiliki emas untuk perhiasan bahkan sebagai simpanan yang tidak susut nilai,” katanya.
Sementara itu, Majidah memberitahu Kemudi melaksanakan 33 program sepanjang tahun lalu kepada ahli-ahli yang terdiri daripada pengamal media di Kelantan.
"Bilangan ahli Kemudi juga meningkat ke 85 orang berbanding 60 tahun lalu dan satu perkembangan baik untuk industri media di Kelantan.
"Kemudi juga akan menghargai dan mengiktiraf para wartawan serta jurugambar berita menerusi Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) yang akan diadakan pada tahun ini selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.