Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

Iklan
Ciapan Khairy di Twitter sejurus selepas UMNO memecat beliau.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan respons pertama sejurus selepas parti berkenaan memecat beliau pada Jumaat.

Menerusi ciapan di Twitternya, bekas Ahli Parlimen Rembau menyatakan beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO.

Iklan
Iklan

"Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

"Unbowed, unbent, unbroken,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Selain Khairy, turut dipecat ialah bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mempertikaikan penggantungan beliau dan meminta agar Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat beliau daripada parti.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya

ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'