Polis akan panggil individu terlibat himpunan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Individu terlibat dalam perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat akan dipanggil dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua kumpulan berhimpun bermula jam 2 petang Jumaat di hadapan kedua-dua kedutaan terbabit.

Iklan
Iklan

"Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati lebih kurang 80 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC.

"Manakala dianggarkan seramai lebih kurang 400 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai mematuhi undang-undang dan menggesa supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.