Pejuang Muda kutuk tindakan Paludan bakar al-Quran

Iklan
Mohd Akmal menyerahkan nota bantahan berkenaan kepada wakil Duta Besar Sweden ke Malaysia pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Pejuang Muda mengutuk tindakan biadab ahli pemimpin parti politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di khalayak ramai di bandar raya Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Naib Ketua Pejuang Muda Malaysia, Mohd Akmal Mohd Yusof berkata, pihaknya telah menghantar nota bantahan berhubung isu terbabit dan telah diterima oleh wakil Kedutaan Sweden di Malaysia, sekitar jam 3 petang, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, tiada apa-apa maklum balas dari kerajaan Sweden berkenaan tindakan Paludan yang dianggap kurang ajar ini,” katanya ketika ditemui di hadapan kedutaan Sweden di sini, pada Jumaat.

Menerusi nota bantahan berkenaan, Pejuang Muda mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Paludan yang merupakan warga Denmark-Sweden itu dan menyifatkan perbuatannya sebagai satu tindakan keji.

Iklan

Antara lain, Pejuang Muda turut menggesa kerajaan Sweden mahupun Denmark supaya menghukum Paludan atas tindakannya itu serta tidak menggunakan alasan 'hak kebebasan bersuara' untuk tidak mengambil tindakan.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Kedutaan Sweden di sini bagi menyatakan dan menyerahkan nota bantahan berhubung isu berkenaan.

Iklan

Sebelum itu, media melaporkan Pemuda Pas Malaysia menggesa umat Islam bersolidariti bersama-sama membantah penghinaan terhadap agama Islam di Masjid As-Syakirin KLCC dan kemudian berarak ke kedutaan Sweden.

Susulan itu, kira-kira 1,000 individu berkumpul di hadapan pintu masuk Kedutaan Sweden sekitar jam 2.40 petang tadi selepas mula berarak sejauh 900 meter usai menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC, di sini.