Jualan Gudang Karangkraf 2023 bermula hari ini
Iklan
Roziyana menunjukkan satu tajuk al-Quran yang diberi diskaun sebanyak 50 peratus pada Jumaat.
SHAH ALAM - Persiapan akhir Jualan Gudang Karangkraf 2023 yang bermula pada Jumaat berjalan lancar dengan para pelanggan bakal ditawarkan diskaun menarik.
Penolong Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, para pelanggan akan menerima diskaun sehingga 50 peratus bagi satu tajuk buku tertentu sepanjang jualan gudang tersebut berlangsung.
Iklan
Iklan
"Persiapan sudah siap 100 peratus dan setiap hari kita ada satu tajuk buku yang ditawarkan namun stoknya terhad di mana siapa cepat, dia dapat dan pengunjung yang hadir dihadkan untuk membeli satu barangan sahaja bagi item istimewa itu.
"Disebabkan esok (hari ini) adalah hari Jumaat, maka kita bermula dengan menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi satu tajuk al-Quran dan kita sarankan datang awal bagi mendapatkan al-Quran tersebut kerana stok adalah terhad,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Petugas melakukan persiapan akhir sempena Jualan Gudang Karangkraf 2023.
Dalam pada itu, Roziyana memberitahu, pelbagai jenis buku dan tawaran menarik menanti para pelanggan sepanjang jualan gudang itu berlangsung.
"Banyak bahan bacaan yang dibeli maka banyak diskaun diterima oleh pelanggan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi jualan gudang dengan menjadi pelanggan yang terawal,” ujarnya.
Iklan
Jualan gudang itu berlangsung dari 27 Januari hingga 6 Februari ini bermula jam 9 pagi hingga 7 petang di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>