Ambil tindakan tegas, boikot produk Sweden - Pembela

Iklan
Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran semata-mata kerana perselisihan pendapat mengenai kandungannya disifatkan biadab dan tidak bertamadun.

SHAH ALAM - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik Sweden membakar al-Quran dan menyifatkannya perbuatan jenayah tidak bertamadun.

Pengerusinya, Mahmud Hishamuddin berkata, Pembela dalam masa sama turut membantah sikap ‘double standard’ kerajaan Sweden dalam mengekang tindakan Islamofobia.

Iklan
Iklan

"Pembela juga menyokong semua usaha tegas termasuk kempen boikot, pelupusan kepentingan dan sekatan ke atas semua produk ekonomi berkepentingan Sweden termasuk tindakan undang-undang yang dibenarkan untuk memastikan hasrat bantahan itu sampai ke sasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, negara itu berselindung di sebalik hak asasi manusia dan Sweden sepatutnya lebih arif dalam perkara itu dan berupaya untuk mencegah daripada berulang.

Iklan

"Kami akan menggerakkan ahli-ahli kami untuk bersolidariti dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain dalam menyampaikan memorandum bantahan kepada kedutaan Sweden pada Jumaat ini.

Pembela yang mewakili gabungan lebih daripada 50 NGO berganding bahu menolak tindakan keji ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, pada Sabtu.

Iklan