Pakistan, Afghanistan bersatu bantah bakar salinan al-Quran

Iklan
Ratusan lelaki di Afghanistan berkumpul di Khost bagi mengecam tindakan Paludan membakar kitab suci al-Quran baru-baru ini. - Foto AFP

KHOST - Ratusan lelaki di Afghanistan mengadakan protes di Timur Khost untuk menyatakan kemarahan terhadap pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden pada minggu lalu.

Ahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan pada Sabtu lalu membakar naskhah kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm.

Iklan
Iklan

Sejak itu protes diadakan di beberapa negara Islam dan terbaharu membabitkan golongan lelaki Aghanistan keluar beramai-ramai melancarkan protes di bandar Khost yang terletak berhampiran sempadan dengan Pakistan.

Rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan memegang salinan al-Quran dan membakar bendera Sweeden serta melaungkan slogan menentang Paludan.

Iklan

Dalam perkembangan sama, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di ibu negara Pakistan, Islamabad yang mengecam tindakan Paludan itu.

Penunjuk perasaan terdiri daripada alim ulama, peniaga dan aktivis hak asasi manusia memegang sepanduk anti-Barat dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sama insiden tersebut.

Iklan

Difahamkan, Sweden turut menerima kecaman langsung dari negara Islam termasuk Turkiye, Iran, Arab Saudi, Yaman, Malaysia dan Indonesia. - AFP