Polis Kelantan tumpu tangani isu jenayah libat warga asing
Iklan
Muhamad Zaki (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada Mohd Nasaruddin pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah di IPD Pasir Mas pada Rabu.
PASIR MAS - Polis Kelantan akan memberi perhatian dan membuat pemantauan terhadap penempatan warga asing bagi menangani kes jenayah membabitkan kumpulan tersebut dan pelanggaran undang-undang negara.
Ketua Polisnya, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa penempatan yang perlu diberi tumpuan yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain.
Menurutnya, antara jenayah melibatkan kumpulan terbabit termasuklah masalah gangguan seksual yang menjerumus kepada kes rogol dan memandu kenderaan tanpa lesen yang boleh mendedahkan bahaya kepada masyarakat setempat.
"Sebagai contoh baru-baru ini terdapat kes melibatkan pendatang asing yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan datang dari Kuala Lumpur ke Kelantan sehingga melibatkan kemalangan maut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini pada Rabu.
Majlis tersebut melibatkan antara Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dan pemangkunya, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah.
Mohd Nasaruddin akan bertugas sebagai pengiring Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula pertengahan Februari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya juga mendapati ramai pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang memandu kenderaan tanpa lesen dan situasi terbabit boleh mendedahkan bahaya kepada masyarakat setempat kerana kumpulan berkenaan tidak arif tentang peraturan jalan raya di negara ini.
Pada masa sama katanya, warga asing juga mudah terdedah dengan penipuan terutama melibatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya telah membuat perbincangan dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya bagi mengekang penglibatan kumpulan tersebut dalam isu pelanggaran undang-undang.
"Ia bukan sahaja melibatkan pelaku tetapi mangsa (warga asing) juga dianggap terbabit sama," katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.