Banjir kilat: Dua keluarga dipindahkan

Iklan
PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya, Rompin dibuka bagi menempatkan dua keluarga yang rumah mereka telah dinaiki air pada malam Selasa.

KUANTAN - Dua keluarga yang terdiri daripada tujuh individu dari Kampung Baru Perwira Jaya, Rompin dipindahkan berikutan banjir kilat, pada malam Selasa.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hujan lebat berterusan sejak Selasa telah menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Iklan
Iklan

Semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bandar Perwira Jaya, Rompin.

Sementara itu, berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras dua sungai di Rompin melepasi paras amaran pada jam 7.45 pagi ini.

Iklan

Sungai berkenaan ialah Sungai Pukin dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, manakala tujuh sungai pula merekodkan paras waspada berikutan hujan lebat berterusan di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Temerloh.

Iklan