PM adakan pertemuan bersama rakyat Malaysia di Brunei
Iklan
Anwar dan Wan Azizah bergambar kenangan ketika menghadiri Majlis Makan Malam Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Brunei sempena lawatan rasmi ke Brunei Darussalam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada Selasa. - Foto Bernama
BANDAR SERI BEGAWAN - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia dalam satu majlis makan malam di sini.
Pada majlis yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei di sini, Anwar turut menyampaikan amanat beliau selain berdialog dengan mereka yang hadir.
Iklan
Iklan
Ini termasuklah konsep"Malaysia Madani” yang beliau perkenalkan pada 19 Januari lepas sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Anwar berkata, beliau juga tidak mahu kerajaan yang beliau pimpin hanya melaung-laungkan slogan tanpa sebarang penghayatan.
Iklan
"Saya nak mulakan transisi baharu. Tak nak slogan sahaja. Kita mahukan penghayatan dan amalan. Juga kebenaran, keadilan dan perpaduan. Rakyat Malaysia dah sinis dan muak dengan slogan dan janji-janji sahaja,” katanya.
Katanya, tumpuan masa kini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan keutamaan di negeri-negeri dengan melihat kepada sektor ekonomi baharu.
Iklan
Pada sesi dialog pula, Anwar turut menjelaskan bahawa secara amnya beliau akan meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu walaupun didukung oleh parti yang beliau tidak bersetuju, namun akan membuat kajian dalam hal melibatkan kontrak-kontrak besar.
Menyentuh mengenai kerjasama dengan Brunei, Anwar berkata, Malaysia boleh bekerjasama dengan negara itu dalam banyak bidang.
Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Anwar tiba di sini petang tadi.
Pada Rabu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan kedua-dua pemimpin kemudiannya akan mengadakan pertemuan empat mata.
Kedua-dua pemimpin dijangka mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, selain meneroka kerjasama baharu dalam bidang yang melibatkan kepentingan bersama.
Perdana Menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA). - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT