Amaran hujan berterusan kategori bahaya di Johor, Sabah

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya di beberapa kawasan di Johor dan Sabah sehingga Rabu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya di beberapa kawasan di Johor dan Sabah sehingga Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Johor iaitu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah iaitu Sandakan membabitkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat iaitu Pitas dan Kudat.

Iklan
Iklan

Menurut agensi itu, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang iaitu Pekan dan Rompin dan Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Di Sarawak pula, melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei dan Meradong, Mukah dan Bintulu manakala di Sabah pula melibatkan Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu dan Kota Marudu.

Iklan

Amaran hujan berterusan kategori waspada pula membawa hujan berterusan di negeri beberapa tempat di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Selain itu, ia melibatkan kawasan Melaka dan Sarawak iaitu Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Sabah: Sandakan (Tongod) sehingga Rabu.

Iklan