Google berhentikan 12,000 pekerja

Iklan
Google mengumumkan pengurangan kira-kira 12,000 kakitangannya di seluruh dunia. - Foto 123RF

NEW YORK - Syarikat induk Google, Alphabet Inc semalam mengumumkan pengurangan kira-kira 12,000 kakitangannya di seluruh dunia.

Ia menjadikan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) terbaharu yang menggubal penstrukturan semula berskala besar.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai dalam e-mel kepada pekerja berkata bahawa pengurangan kakitangan itu adalah sebagai tindak balas kepada 'realiti ekonomi' yang berubah-ubah.

Langkah itu dibuat sehari selepas Microsoft mengumumkan ia akan mengurangkan bilangan kakitangannya sebanyak 10,000 orang dalam beberapa bulan akan datang.

Iklan

Pemberhentian serupa turut dilakukan pemilik Facebook Meta, Amazon dan Twitter selepas sektor teknologi menghadapi kemerosotan ekonomi yang besar.

"Kami telah menjalankan semakan yang ketat di seluruh bidang dan fungsi produk untuk memastikan bahawa kakitangan dan peranan kami sejajar dengan keutamaan tertinggi kami sebagai sebuah syarikat.

Iklan

"Perjawatan yang kami hapuskan mencerminkan hasil kajian itu," tulis Pichai.

Tambah Pichai, menyedari hakikat bahawa perubahan itu akan memberi kesan kepada kehidupan Googler, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan itu. - AFP