Gerakan nafi keluar PN

Iklan
Mak Kah Keong

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menafikan spekulasi parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) kerana bimbang akan hilang peluang untuk memenangi semula kerusi di Pulau Pinang.

Setiausahanya, Mak Kah Keong berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana perbincangan dalam Gerakan kerana parti itu tetap setia bersama PN.

Iklan
Iklan

Beliau juga menafikan kenyataan pemimpin Gerakan Kelantan, Ong Khang Woon bahawa terdapat pihak tertentu di dalam parti itu ingin mereka keluar dari PN kerana terdapat pergolakan.

"Itu hanya spekulasi dibuat-buat dan Gerakan tidak pernah menyatakan hasrat seperti itu malah isu (keluar dari PN) ini tidak pernah bangkit dalam mana-mana perbincangan dalam Gerakan kerana kami tetap setia bersama PN.

Iklan

Dalam pada itu, Kah Keong menegaskan tiada sebarang pihak atau pemimpin Gerakan yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan di bawah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sekarang Gerakan hanya fokus kepada persediaan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang bukannya isu bangsa dalam PN.

Iklan

"Gerakan berharap agar pemimpin-pemimpin PN iaitu rakan seperjuangan dalam Pas dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak mudah percaya dengan hasutan murahan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pimpinan parti itu untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh merosakkan hubungan yang terjalin dalam PN.