Jambatan Sungai Nenggiri tak boleh dilalui akibat hujan
Iklan
Hujan lebat di kawasan hulu menyebabkan jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam.
GUA MUSANG - Jambatan sementara Sungai Nenggiri yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli di Kampung Pulau Setelu di sini, tidak boleh dilalui selepas tenggelam berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang Mohd Yusalmi Mohd Yusoff berkata berikutan itu, ia terpaksa ditutup kepada semua kenderaan sehingga paras sungai kembali normal.
"Kita menempatkan dua anggota APM di lokasi berkenaan bagi mengawasi keadaan selain memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan tersebut.
"Kita akan mengadakan gotong-royong dengan penduduk kampung untuk membersihkan jambatan tersebut daripada sampah sarap dan sisa kayu-kayan yang hanyut selepas keadaan kembali pulih,” katanya ketika dihubungi.
Seorang pengguna jalan raya, Sulaiman Kadir, 51, berkata beliau menyedari kejadian itu sebaik tiba di jambatan berkenaan pagi ini untuk perjalanan dari Gua Musang ke Jeli.
Katanya berikutan itu, beliau terpaksa menggunakan jalan Gua Musang-Kuala Krai untuk ke Jeli.
"Sudah beberapa kali saya berdepan dengan perkara itu dan terpaksa berpatah balik melalui jalan lain kerana tidak sanggup menunggu air surut," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>