Operasi asap hitam: JAS keluar tiga notis, dua kompaun
Iklan
Sebuah kenderaan diperolsa dalam operasi pelepasan asap hitam di Dungun pada Rabu. - Foto JAS
KUALA TERENGGANU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu mengeluarkan tiga notis arahan dan dua kompaun kepada empat pemilik kenderaan dalam satu operasi pelepasan asap hitam di Dungun pada Rabu.
Pengarahnya, Ramli Abd Rahman berkata, selain itu, sebuah kenderaan turut diuji di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 dalam operasi berkenaan.
Iklan
Iklan
"Notis arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kompaun di bawah Peraturan 11. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Menurutnya, kesalahan tersebut dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 150 kenderaan sepanjang operasi berlangsung.
Iklan
Beliau berkata, semua kenderaan diperiksa secara visual manakala lima daripadanya telah menjalani ujian meter asap.
"Pemilik kenderaan berenjin diesel dan berenjin petrol diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik serta mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
Iklan
Jelas Ramli, seramai enam penguat kuasa dari Unit Kenderaan Bermotor JAS negeri Terengganu dan 10 orang anggota dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun terlibat dalam operasi tersebut.
"JAS Terengganu akan meneruskan operasi seperti ini secara berkala untuk memastikan pemilik kenderaan motor sentiasa mematuhi pelepasan asap hitam melalui ekzos kenderaan diesel dan pencemar bergas dari kenderaan berenjin petrol mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
"Ini kerana pelepasan asap hitam dan pencemar bergas berlebihan berisiko memberi kesan buruk kepada kualiti udara dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar," katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.