Kemasukan pelancong ke Sabah ikut SOP Persekutuan
Iklan
Sabah akan menggunakan SOP yang sama dengan kerajaan Persekutuan bagi kemasukan pelancong ke negeri ini. - Foto 123rf (Gambar kecil: Christina Liew)
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama dengan kerajaan Persekutuan bagi kemasukan pelancong ke negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet Sabah pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Kedua, ujian negatif bagi Covid-19 tidak lagi diperlukan bagi pelancong yang memasuki negeri ini dan ia kini terpakai kepada pengembara domestik dan asing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabat kementeriannya pada Rabu.
Iklan
Keputusan itu dibuat susulan kemasukan domestik dan asing termasuk pelancong China ke Sabah.
Kerajaan China sebelum ini mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan bermula 8 Januari lalu.
Iklan
Sejak 1 Ogos 2022, semua pengembara dibenarkan memasuki negara ini tanpa mengira status vaksinasi dan tidak memerlukan ujian pra Covid-19 ketika berlepas atau semasa ketibaan seperti yang ditetapkan sebelum ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Christina memaklumkan bahawa kabinet Sabah telah meluluskan penubuhan Biro Konvensyen Sabah.
"Visinya adalah untuk memastikan Sabah diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai salah sebuah bandar terbaik di dunia dalam menganjurkan acara perniagaan," katanya.
Beliau berkata, biro itu akan berfungsi sebagai 'kedai sehenti' bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan bantuan selain memberikan nasihat mengenai semua aspek penganjuran konvensyen dan acara perniagaan di negeri ini.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.