Luruan monsun dijangka di Timur Semenanjung bermula esok

Iklan
Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Januari ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan yang terlibat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Januari ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan yang terlibat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata, jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Januari.

Iklan
Iklan

Beliau turut memaklumkan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Januari.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama

Iklan
Iklan