Menyamar peguam tipu wanita RM191,250

Iklan
Gambar hiasan.

RAUB - Seorang wanita ditahan pada Isnin selepas disyaki menyamar sebagai peguam dan memperdayakan wanita lain hingga mengalami kerugian sebanyak RM191,250.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman memberitahu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub berjaya menahan wanita berusia 41 tahun tersebut di sebuah taman perumahan di Kuala Lipis kira-kira jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihak polis merampas dua buah telefon bimbit dan satu kad mesin juruwang automatik (ATM) kepunyaan suspek.

"Sebelum itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berkait laporan mangsa yang mendakwa telah diperdaya suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menggesa dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam mempercayai individu yang menawarkan tawaran atau khidmat profesional dengan membuat semakan latar belakang.

"Jangan tanpa secara usul periksa membuat pembayaran seperti mana yang diminta suspek hingga alami kerugian," jelas Mohd Shahril.

Iklan