Pemandu lori dicekup seleweng diesel bersubsidi

Iklan
Mesin pam yang digunakan untuk menyalurkan minyak diesel ke dalam tangki yang dibawa lori terbabit.

BUKIT MERTAJAM - Tindakan mencurigakan sebuah lori yang mengisi minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Jalan Lebuhraya Butterworth-Kulim, di sini membawa kepada kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan kegiatan penyeleweng bahan api bersubsidi itu pada Isnin.

Pengarahnya, RS Jegan berkata, serbuan dilakukan oleh empat pegawai penguat kuasa KPDN pada jam 1.50 petang itu hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan harian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat sebuah lori lima tan dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan enam unit tangki berkapasiti 1,000 liter dalam muatan lori itu.

"Kita merampas 3,200 liter minyak diesel, lori, peralatan kelengkapan lain termasuk paip dan pam motor serta wang tunai yang mana nilai keseluruhan berjumlah RM29,180," katanya menerusi kenyataan, di sini pada Selasa.

Mesin pam yang digunakan untuk menyalurkan minyak diesel ke dalam tangki yang dibawa lori terbabit.

Iklan

Jegan berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat boleh didenda.

Iklan