Pemandu bas rugi RM30,000 rumah disamun 4 lelaki bersenjata
Iklan
NILAI - Seorang pemandu bas mengalami kerugian kira-kira RM30,000 termasuk wang tunai RM9,500 selepas kediamannya di sini dipercayai disamun empat lelaki menggunakan senjata dalam kejadian awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan kediamannya disamun pada lebih kurang jam 6 pagi.
Iklan
Iklan
"Dalam kejadian itu, suspek telah mengacukan parang kepada mangsa dan ahli keluarganya sebelum memaksa isteri mangsa menyerahkan barang kemas yang dipakai.
"Mereka sekeluarga kemudiannya ditempatkan di sebuah bilik dan suspek telah menggeledah rumah seterusnya melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Waja," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mangsa mendapati wang tunai lebih kurang RM9,500 telah hilang.
"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan melakukan samun berkumpulan dengan senjata," jelasnya.
Iklan
Abdul Malik berkata, pihak polis kini mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini.
"Sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, mereka dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan atau menghubungi IPD Nilai di talian 06-7904222.
"Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan memastikan kediaman dikunci dengan rapi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.
BERITA SEMASA 6 MEI 2025
Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor susulan terdapat perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan itu.
Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz diwakili peguam Syahril Anuar Harun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663117/berita/semasa/status-pindah-kes-bunuh-bella-ke-mahkamah-tinggi-ditentukan-20-mei-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com